24 June, 2016

trip to Bandung April 2016


 salam helo helo hellooo

kali ni i nak share experience the way we went to Bandung Indonesia. weehoo
tah la macamana boleh terjebak dengan trip ni. ex-housemate unimas try ajak i untuk pegi Bandung for sure lah untuk jadi partner dia kenn. masa tu tengah tahun 2015 kot. then i said yes, our project manager lah kan booked the ticket untuk pergi bulan 4 tahun ni lah 2016.

so, we did it. 26/4/2016-29/4/2016 if im not wrong. oh haha



1. Tiket

tiket KL-BANDUNG-KL (Malindo) dalam RM 230 lebih kurang lah tu tak cecah rm250.
sebab aku dari kelate, bajet aku lebih laa dari geng lain sebab booked tiket KB-KL-KB rm125 lebih kurang.
Naik Malindo better la pegi oversea daripada air asia  sebab tiket dia dah sekali ngan luggage 30kg. kau bayang la kalo air asia 30kg tu dah berapa hengget kan. tapi, tengok keadaan tiketlah, time air asia buat promosi gila-gila tu boleh la  beli tiket murah then cover untuk luggage. gituuu.

2. Pakej

pakej Bandung 4H3M ni harga dia RM350 :
-hotel 3 bintang (kami stay kat De Palma hotel. well, i rate is not bad laaa. sangat selesa, makanan hotel tu untuk breakfast amatlah sedap. memang kena dengan tekak Malaysia. bukan i je cakap, orang lain pun setuju ok. haha)
hotel ni sekali ngan breakfast tau. jangan lupa turun awal, macam hotel kat kita jugak lah. hehehe

3. Pengangkutan
Memandangkan kami 7 orang, van lah kami naik. van dia bukan sebarang van, besar dan ada aircond. hahaha. pengangkutan ni memang khas servis dia untuk kita kat sana. jemput kat airport, bawak kami ronda 4h3m tu, pastu antar p airport.
*takde la, aku cuma terkejut je bayangan dah lain sebelum sampai, rupenye memang not bad.
servis memang tip top ok.

4. Rupiah
haa, macam biasa lah. duit tu u tukar awal-awal kat Malaysia ni. nanti tak cukup macam aku. haha. kat sana boleh cucuk duit Maybank and CIMB. sebelum pergi sana, buat international banking. bila habeh duit kat tangan, korang cucuk lah kat sana. yang pasti memang kena ada duit lah dalam tu hahaha. macam aku takde terus. tukar 700 je kot aku rasa. xsangka pulak habis. (bajet nak tengok tempat orang je sebenarnye)
*u kena study betol-betol duit negara u nak pegi. macam aku ni, study pasal duit tu tapi #takreti jugak. lepas p sana baru nampak perlunya pengetahuan ni. kesian

5. Makanan

u pun tahu kan indon ni macamana. ramai yang beragama islam. so, bagi yang muslim makanan memang senang nak cari yang halal. makanan dia sedap sangat. just like Malaysia tekak kami semua boleh telan.



6. Passport
 one more the important thing is the passport. please renew ur passport yang mana kena renew. yang baru buat takpe. heheh. sebab ada salah sorang dari kami kena tahan kat imigresen sebab tak renew passport. dua tiga hari lagi nak tamat tempoh. so, takleh fly. terpaksa beli tiket flight baru keesokan harinya.kalau aku tak silap, kena renew bila 6 bulan lagi nak tamat tarikh. kalau tak silap la. ce cek balik k.

7. imigresen

status imigresen pun kena cek jugak. terutama yang ada hutang ptptn. mak aih. debar gegels nak melepasi imigresen airport tu. alhamdulillah. Allah ease everythings.
 
overall memang best! kalau u ols nak ke Bandung or yang dah pegi, nak lagi, boleh ambik pakej kawan i ni. nama dia zizan, heheh. ada jugaklah tempat yang tak sempat kami pegi. next time kita qada ye. hee

RM299** Bandung 4H3M (Ground)
Pakej termasuk :
Hotel with bfast (twin sharing)
Transport , driver , parking & toll fees
Bandung Tour (12hours per day)
Tak termasuk :
Flight ticket
Dinner n lunch
Tiket lawatan ke tempat berbayar
Antara tempat menarik di Bandung :
Pasar Baru Trade Centre
Cibaduyut
Rumah Kain
Kawah Putih
Tangkuban Parahu
Lembang Farm House
Grafika Cikole
Ladang Strawberry (selfpick)
Dusun Bambu
Factory Outlet Streets ( Jl Dago, Jl Riau, dll)
Transtudio Bandung (macam USS)
dan banyak lagi..
Harga per pax : RM299/minimum 6pax
Harga valid utk 2016
Whatsapp 0195206187
‪#‎bandung‬ ‪#‎bandungmurah‬ ‪#‎tripbajet‬


k chow! Buku merah jangan lupa bawa moga-moga tidak tamat tempoh~~~
assalamualaikum 






12 February, 2016

entry tahun baru :P

assalamualaikum korang. semoga sihat sejahtera semua. hee

ermm errmm. masuk tahun 2016 ni tak macam masuk tahun baru pun kan. aku rasa macam umur tak meningkat jer. hahaha. maklum laaa tak sedar diri kennn padahal tak mengaku tua. lol

bila masuk tahun baru ni, bos aku pun perangai macam baru jugak. lagi suka marah-marah dan guna kuasa bang bang boom die sebab dah naik pangkat kennn. haaa kau. aku tak suka. tapi bertahan lah kejap untuk mendapat kerja yang leader torrrbaik.. amiinn

lupakan lah pasal bos tu. tak pepasal spoil mood cutiii. hehe.

next, tahun ni rasanya tahun aku pergi melancong kenal tempat-tempat orang dan jumpa kawan baru. jiwa remaja masih ada kauu. tu yang tak rasa tua lagiii tu. hehehh

banyak sebenarnya tempat yang aku nak pergi tahun ni. kita yang merancang, tapi Allah yang menentukan. semoga segala perancangan kita dalam berkat dan redha Allah s.w.t. amiiin

harap korang punyer impian turut tercapai k.

happy weekend!

03 December, 2015

syukur

hidup memang tak seindah mimpi
kadangkala rasa jiwa resah
rasa tak cukup
rasa tak dihargai
rasa tak keruan
rasa tak terdaya
sebab kita pandang orang yang di atas
selalu bandingkan benda yang negative
sudut positif tu sikit sangat

benarlah
aku cakap kisah sendiri
ampunkan dosa aku ya Allah

#astaghfirullahalaziim

02 December, 2015

masa untuk bersendiri

kadangkala, kita memerlukan masa untuk bersendiri. termenung jauh tika ada masalah. itulah aku. bila ada masalah, rasa nak pergi jauh dari semua orang. bila kita dah luahkan masalah kat orang yang  dipercayai rasa lega kejap. lepas tu, kena gak pergi membawa diri. termenung tah kemana-mana. jiwa melayang jauh tak tahu arah ke mana. 


syok jugak lepak sorang-sorang. kau tak payah cakap ngan sesapa. layan jiwa kau je. makan banyak-banyak. itulah salah satu terapi bila ada masalah dan jiwa resah. Allah bagi banyak pilihan baik-baik untuk kita. 


biasa aku lepak tepi pantai sorang diri. tadi, pikir nak ke pantai jugak lepas balik keje. tapi malas lah pulak. ni first time aku lepak kat SR. biasa beli untuk tapau je. suasana die not bad la. santai. dah sehari suntuk tak makan. tak lalu kau. LOL

*Allah tak menguji seseorang itu melebihi kesanggupannya*

ayat itulah yang selalu memotivasikan aku. menguatkan jiwa aku. semoga aku kuat.
#jobseeker

30 November, 2015

cari kerja

assalamualaikum

aku rasa nak tukar kerja sebab jiwa boss dan aku tak ngam. moga ada jalan untuk keluar dari tempat kerja aku sekarang. tak tahan.

doakan aku dapat kerja yang lebih baik k.


14 November, 2015

ais krim kelapa pantai sabak

*kedai depan sekolah sabak pengkalan chepa 5 minit dari airport kelantan.

dah lama aku tak lepak kat kedai ni. plan nak lepak kedai lain, tup2 ada yang mengidam nak makan ais krim kelapa. aku on je. selera aku ok je hehe. bab makannn kau.. hehe

ni laa ais krim kelapa terbaik bagi aku. aku penah makan ais krim kelapa kat sebuah kedai berdekatan ngan Kota Bharu jugak. beb, tahu laa ais krim kelapa. hanya ais krim dalam buah kelapa, letak buah ceri dan ada lagi sampingan-sampingan lain. sobs

aku penah tanya kawan aku, die pun cakap benda sama. penah try ais krim kelapa kat dua tempat ni. haa, kes sama macam aku makan tu la. semata-mata ais krim. kami nak air kelapa sekali sebenarnya..... tak puas hati. kekeke

tak macam ais krim kelapa yang aku penah minum kat kedai atas tu.
apa yang menarik, dalam tu ada air kelapa, ada nata de coco, isi buah kelapa, jagung, ais krim, pulut. ais krim die bukan sikit. banyak tuuuu. hehehe.

so, puas hati dah. 

chow!



kawan dan persahabatan

kawan

aku jenis suka berkawan dan ramai kawan dan kawan aku pun akui yang aku ramai kawan.
jujur aku cakap yang aku jenis hargai kawan yang ada melainkan mereka yang cari pasal dengan aku dahulu. hee

bukan itu yang aku nak sembang kat sini. emm aku nak bagitahu tentang kawan dan persahabatan.

beb, bila ada kawan ramai ni jadi kita suka lepak, cari masa nak jumpa, sembang kosong, sembang berisi dan macam-macam lagi. means here kawan rapat.

aku ada geng asrama sekolah form1,2,3.,member rapat hostel form 5, bestfren kat kelas, kawan rapat form 6, geng kelas satu kos,geng rapat kat kolej, geng housemate tahun 1 dan banyak lagi. hahaha
entahlah, dengan izin Allah betapa ramainya geng rapat aku. semua tu geng kongsi masalah dan lepak-lepak. boleh ngam.

tapi kan, semua kawan-kawan kita tu mempunyai sikap dan minat berbeza-beza. kita kena kenali apa yang mereka suka dan apa yang mereka tak suka.

so, aku akan tapis lah untuk sembang topic shopping ngan sape, nak cakap pasal lawak-lawak jenaka gila babes ngan sape, bincang pasal masa depan ngan sape, isu semaasa, kerjaya, travel, makanan dan banyaklagi.

semua mereka berbeza. sebab tu aku ada masa untuk kawan travel, keluar lepak ngan geng sekolah, nak gosip pasal kerjaya lepak ngan kawan universiti, aku nak ceghita pasal jodoh ape sume ngan geng laen pulak. beb, tak semua mereka suka apa yang kita suka.

macam kawan dalam geng aku ni, dia tak suka cakap pasal jodoh, kahwin, cinta dan sewaktu dengannya. jadi, kalau aku nak cakap pasal jodoh dan lelaki gosip-gosip memang takkan dengan geng yang ni. untuk lawak-lawak bodoh dan kerjaya boleh. hahaha.

ko tengok, betapa pentingnya kau kenal ape yang kawan kau tak suka. heheheh

dan,
bila aku rasa tak ada sesapa nak paham aku, blog ni lah jadi tempat untuk meluahkan. kehkehkeh

diary online katakan.

hargailah kawan yang ada k. semoga bersahabat kerana Allah dan mendapat redha Allah dalam sesuatu perhubungan.

amiin
~kawan enam bulan. geng baru. geng travel.