24 June, 2016

trip to Bandung April 2016


 salam helo helo hellooo

kali ni i nak share experience the way we went to Bandung Indonesia. weehoo
tah la macamana boleh terjebak dengan trip ni. ex-housemate unimas try ajak i untuk pegi Bandung for sure lah untuk jadi partner dia kenn. masa tu tengah tahun 2015 kot. then i said yes, our project manager lah kan booked the ticket untuk pergi bulan 4 tahun ni lah 2016.

so, we did it. 26/4/2016-29/4/2016 if im not wrong. oh haha



1. Tiket

tiket KL-BANDUNG-KL (Malindo) dalam RM 230 lebih kurang lah tu tak cecah rm250.
sebab aku dari kelate, bajet aku lebih laa dari geng lain sebab booked tiket KB-KL-KB rm125 lebih kurang.
Naik Malindo better la pegi oversea daripada air asia  sebab tiket dia dah sekali ngan luggage 30kg. kau bayang la kalo air asia 30kg tu dah berapa hengget kan. tapi, tengok keadaan tiketlah, time air asia buat promosi gila-gila tu boleh la  beli tiket murah then cover untuk luggage. gituuu.

2. Pakej

pakej Bandung 4H3M ni harga dia RM350 :
-hotel 3 bintang (kami stay kat De Palma hotel. well, i rate is not bad laaa. sangat selesa, makanan hotel tu untuk breakfast amatlah sedap. memang kena dengan tekak Malaysia. bukan i je cakap, orang lain pun setuju ok. haha)
hotel ni sekali ngan breakfast tau. jangan lupa turun awal, macam hotel kat kita jugak lah. hehehe

3. Pengangkutan
Memandangkan kami 7 orang, van lah kami naik. van dia bukan sebarang van, besar dan ada aircond. hahaha. pengangkutan ni memang khas servis dia untuk kita kat sana. jemput kat airport, bawak kami ronda 4h3m tu, pastu antar p airport.
*takde la, aku cuma terkejut je bayangan dah lain sebelum sampai, rupenye memang not bad.
servis memang tip top ok.

4. Rupiah
haa, macam biasa lah. duit tu u tukar awal-awal kat Malaysia ni. nanti tak cukup macam aku. haha. kat sana boleh cucuk duit Maybank and CIMB. sebelum pergi sana, buat international banking. bila habeh duit kat tangan, korang cucuk lah kat sana. yang pasti memang kena ada duit lah dalam tu hahaha. macam aku takde terus. tukar 700 je kot aku rasa. xsangka pulak habis. (bajet nak tengok tempat orang je sebenarnye)
*u kena study betol-betol duit negara u nak pegi. macam aku ni, study pasal duit tu tapi #takreti jugak. lepas p sana baru nampak perlunya pengetahuan ni. kesian

5. Makanan

u pun tahu kan indon ni macamana. ramai yang beragama islam. so, bagi yang muslim makanan memang senang nak cari yang halal. makanan dia sedap sangat. just like Malaysia tekak kami semua boleh telan.



6. Passport
 one more the important thing is the passport. please renew ur passport yang mana kena renew. yang baru buat takpe. heheh. sebab ada salah sorang dari kami kena tahan kat imigresen sebab tak renew passport. dua tiga hari lagi nak tamat tempoh. so, takleh fly. terpaksa beli tiket flight baru keesokan harinya.kalau aku tak silap, kena renew bila 6 bulan lagi nak tamat tarikh. kalau tak silap la. ce cek balik k.

7. imigresen

status imigresen pun kena cek jugak. terutama yang ada hutang ptptn. mak aih. debar gegels nak melepasi imigresen airport tu. alhamdulillah. Allah ease everythings.
 
overall memang best! kalau u ols nak ke Bandung or yang dah pegi, nak lagi, boleh ambik pakej kawan i ni. nama dia zizan, heheh. ada jugaklah tempat yang tak sempat kami pegi. next time kita qada ye. hee

RM299** Bandung 4H3M (Ground)
Pakej termasuk :
Hotel with bfast (twin sharing)
Transport , driver , parking & toll fees
Bandung Tour (12hours per day)
Tak termasuk :
Flight ticket
Dinner n lunch
Tiket lawatan ke tempat berbayar
Antara tempat menarik di Bandung :
Pasar Baru Trade Centre
Cibaduyut
Rumah Kain
Kawah Putih
Tangkuban Parahu
Lembang Farm House
Grafika Cikole
Ladang Strawberry (selfpick)
Dusun Bambu
Factory Outlet Streets ( Jl Dago, Jl Riau, dll)
Transtudio Bandung (macam USS)
dan banyak lagi..
Harga per pax : RM299/minimum 6pax
Harga valid utk 2016
Whatsapp 0195206187
‪#‎bandung‬ ‪#‎bandungmurah‬ ‪#‎tripbajet‬


k chow! Buku merah jangan lupa bawa moga-moga tidak tamat tempoh~~~
assalamualaikum